Tuesday, September 27, 2011

Cik Yanz vs FB

Tetiba ada masa nak bercerita..alkisahnya cik yanz ni memang la tak ada akaun FB(Facebook aka muka buku)..biasa bila jumpa kawan2 atau saudara mara mereka mesti akan tanya ada tak akaun FB..pergh bengkek & menyampah jer..dlm hati berkata "best sangat ker lau ada pun?"..tu la jawapan sekiranya anda takder FB..

Tapi takper la takder pun..si nicky(guru kentang) pun ada ura2 nk suh cik yanz wat FB...Apatah lagi cik zulhazri (penjaga web KIST.edu) nk suh gak cik yanz wat FB...Fenomena FB ni memang dh jadi mcm virus pun.Tapi tak salah pun lau takder..kalau orang tanyer nape cik yanz tak nak wat FB jawapannya adalah tak suka & tak minat.Semacam anti FB gak la..aritu ada gak kuarkan statement akan wat FB lau nak kawin...huhu...nak kena tunaikan kot...what kahwin?tu salah soalan sensitif selain soalan takder FB..

 =So the moral of the story is reduce the controversy & upgrade the quality=


 


Saturday, September 24, 2011

Endometriosis

Entry ini terwujud kerana teringatkan seorang kawan yang baru sahaja di diagnosis penyakit ini. 
Namun tidak dapat membantu kerana beliau tiada medical card...sedih tau..

Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia.Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.

Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapun ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masalah autoimmunisasi. 

Tempat di mana endometriosis mungkin berlaku

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Endometriosis

Info Jerebu

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada : 
Pembakaran Secara Terbuka
        Asap Dari Kilang
        Asap Dari Kenderaan 

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
 
Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
   i.    Kanak-kanak
   ii.    Orang tua
   iii.   Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  •    iv.   Perokok
       v.   Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

    Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
    Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

    CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
    1.    Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
    2.    mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
    3.    Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
    4.    Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
    5.    Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
    6.    Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
    7.    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
    8.    Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
    9.    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
    10.  Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
    11.  Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
     

    NIOSH Malaysia, Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, MALAYSIA

    Warning! List Of Unauthorized Websites / Investment Products / Companies by Securities Commission Malaysia

    Warning! List Of Unauthorized Websites / Investment Products / Companies by Securities Commission Malaysia - Welcome to visit Caliph Group website

    Inaugural 2011 Financial Insights Innovation Awards for the Insurance Industry


    FIIA (Insurance) 2011 for Innovation in Sales Automation and Agency Management – iCMS

    Winner: MAA Takaful Berhad
    Recipient: Mr Salim Majid Zain, Chief Executive Officer

    We are pleased to inform you that MAA Innovative Consultant Management System (iCMS) received the award from a total of 68 entries originating from 25 countries. The MAA iCMS empowers our agents to conduct their business efficiently. This award also serves as a boost to confirm MAA Takaful as the 'No. 1 Agency Company with No. 1 Agency Management System'. We are the first Malaysian insurer to win the award.

    iCMS is MAA Takaful's solution-in-a-box for its agency force. The solution integrates sales automation, customer relationship management (CRM) and agency management on a single platform. The iCMS is designed on a robust architecture incorporating tools and processes which meets and addresses performance, efficiency and business needs. iCMS allows Takaful's agents to plan, track and monitor their production as well as carry out customer profiling. Equipped with e-submission and digital signature features, the portal also facilitates the approval process and updates the agency forces on developments, news and products of MAA Takaful.

    Refer:
    http://www.idc-fi.com/getdoc.jsp?containerId=prSG23002911
    http://www.idc.com.sg/insurecongress/2011/fiia_insurance_winners_2011.asp
    https://www.maatakaful.com.my

    Wang Pampasan Insuran

    Tarikh Keputusan: 
    21 Sep, 1983
     
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Pembahagian wang pampasan insuran simati kepada penama ataupun waris-waris menurut pembahagian faraid.
     
    Keputusan: 
    Semua harta pusaka sepatutnya dibahagikan mengikut pembahagian faraid dan mengenepikan pembahagian yang dibuat oleh simati secara menentukan penama. Penentuan penama bolehlah dianggap sebagai wasiat dimana wasiat tidak sah kepada waris. Ibu bapa adalah waris kepada simati, oleh itu perkara yang dipersoalkan hendaklah dibahagi mengikut hukum faraid.

    Rujukan :  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wang-pampasan-insuran-0

    Tuesday, September 6, 2011

    Selamat Berhari Raya

    Salam lebaran kepada semua...agak terlambat sikit ucapan ini di berikan tapi masih lagi dalam suasana raya kan...tiba la masa untuk sesi rumah terbuka & jamuan raya..so ingatan kepada semua supaya makan berpada-pada tapi bagi duit raya lebih skit..







    Nampak sangat menyelerakan tapi makan tu kena berpada-pada walaupun anda ada MEDICAL CARD MAA TAKAFUL yang cover 1JUTA...kalau dah sakit susah nanti tapi at least ada la medical card tu kan...hehe... kepada anda-anda di luar sana pastikan anda memiliki medical card Maa Takaful untuk melindungi diri dari sebarang kemungkinan yang tak di ingini...hehehe promote tu...



    ASN and ASB, are these products Syariah Compliants? - Welcome to visit Caliph Group website

    ASN and ASB, are these products Syariah Compliants?

    Check it here...