Friday, October 19, 2012

AWARD WINNING PRODUCT-MAA TAKAFUL

MAA TAKAFUL telah memenangi anugerah Produk “Investment Link” untuk kali ke-empat berturut-turut. Dengan penganugerahan oleh Kewangan Islam KLIFF 2012, ternyata MAA berada di landasan yang sebenar dalam membantu anda memiliki sekurang-kurangnya satu polisi MAA Takaful.

Marilah bersama-sama membantu diri anda dan kelurga menyediakan jaminan kepada sesuatu yang tak terjangka ex kemalangan,lumpuh...ianya sangat membantu anda..anda tidak akan rugi jika menyimpan sekarang..mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya..0177209396 @ dinamixs@yahoo.com...FREE CONSULTATION..

Monday, May 7, 2012

Jejak-jejak Kasihan..

Siapakah yang di jejaki Cik Yan'z ek...

Actually pada bulan april yang lepas Cik Yan'z telah berjaya menyeberangi Laut China Selatan dan di terbangkan dengan tidak khasnya oleh Air Asia...tujuannya adalah untuk menghabiskan duit yang tak berapa nak ada tu...anyway amat berpuas hati dengan apa yang di dapati..

Lokasi jejak2 kasihan adalah di Kuching, Sarawak. Ni kira kali pertama la g situ..takder prepare ape pun..just prepare duit & badan jer...keberangkatan kesana di sertai oleh makcik & pakcik..tiket tu Cik Yan'z sponsor la..coz time tu tgh murah kan....pergh mcm kaya jer kan...

Ni nk cite skit la pengalaman kat sana

Day 1
Bertolak dari Senai 1230 & sampai Kuching 1400.Ada driver hotel yang ambil.
Petang tu berjumpa sahabat lamaku..Norlizura..dia mengajar kat Kuching tu..dah tak jumpa minah ni dkt 7 tahun kot..pas dia grad mmg terus tak jumpa la..
Dia bawa g makan dekan Restoran Serapi pastu tunjukkan jalan g Jong's Crocodile & Semenggoh Wildlife..oleh kerana dah petang & masa melawat pun dh tamat maka tak dapat la jumpa mereka...iaitu pakcik buaya & makcik orang utan..
Malam itu berjumpa kawan makcik & makan di seberang sungai Sarawak..tak tau apa name tpt tu...

DAY 2
Pagi tu makan di Ipoh Kopitiam yang berhadapan dengan Sarawak Plaza..tak jauh pun dari hotel..tghri tu setelah berjaya mendapat kereta sewa kami pun memulakan pengembaraan..thanx to Pn Noraini..
Cik Yan'z bertindak sebagai pemandu pelancong yang takder tauliah mengarahkan untuk ke Jong's Crocodile..untuk melawat pakcik buaya...bayaran masuk adalah RM16.00 seorang jika anda bukan lahir di Sarawak...menyaksikan pekerja di situ beri buaya & arapaima makan...
Petang tu singgah di Semenggoh Wildlife...namun kecewa kerana telah tamat waktu melawat...

DAY 3
Perjalanan pagi itu di mulakan dengan perjalan ke Kampung Budaya Sarawak..agak jauh la gak...siap beli makanan & bfast dlm kereta..berjaya sampai..dengan bantuan Mr. GPS...amat berguna sungguh..lebih kurang setengah hari gak la kat dlm kg budaya tu...last sekali menyaksikan persembahan kebudayaan..Bayaran masuk RM60.00..
Kemudian singgah di Damai Beach Resort..cek line jer..
Singgah di Muzium Kuching...kemudian memecut ke Semenggoh Wildlife untuk menyaksikan orang utan diberi makan..dlm kol 15++ la sampai.fuhhh...masih sempat la tgk..nasib baik..bayar Rm3.00 jer nk masuk..
Petang tu singgah makan & round2 kat Boulevard...
Malam kami makan steamboat di kedai masak2...

DAY 4
Bfast di RJ Kopitiam...
Round2 sekitar Waterfront untuk survey souvenir...petang tu Lizura bawa kami bersiar2 di sekitar Kuching...sempat le ke Taman Sahabat..g round kat taman orkid dan sekitar Dewan Undangan Negeri Sarawak...lepas tu g beli Kek Lapis Sarawak di kedai Dayang Salhah..sungguh asyik tengok mereka membungkus kek lapis..mmg expert la....
Selepas tu g makan di SCR(Singapore Chicken Rice)...agak sedap & berbaloi..
Malam tu meredah lagi sungai untuk membeli Kek Lapis lagi...Lizura kata tempat tu yang boleh percaya...coz sebelum ni kan kecoh pasal Golden Chern yang di ragui kehalalannya...
Selepas tu merayau dekat Waterfront lagi...mmg lenguh la kaki..tapi layan jer...

DAY 5
Pagi ni bfast kat satu kedai mamak dekat dgn Pasar Satok..tujuan kesini nak membeli Terubuk ikan masin...Cik Yan'z ni confIus gak bile Lizura bawa ke pasar basah..rupanya ikan terubuk masin tu bukanla mcm ikan kering...tak minat ikan tu..tu yang tak tau..hahaha...tapi abg tu bungkus ikan tu mmg best...kalau g pasar ni mmg best la...barang2 dia fresh2...pergh mmg mengancam jiwa tol..tp apekan daya umah bukan dekat situ pun...
Selepas tu kami menuju ke Serikin..tempat ni byk jual barang2 dari indonesia..lau nk beli baju kawin pun bleh...Cik Yan'z berjaya tawaf sampai hujung & buat u-turn plak...mmg panjang la...adala membeli sedikit souvenir..
Selepas penat tawaf..sempatla melawat Gua Angin & Gua Pari2...1st time masuk gua....kat Gua Angin tu under renovation..so takleh masuk...kalau Gua Pari2 tu bolehla masuk...penat tol naik tangga...pastu singgah makan kat Restoran Serapi lagi...kemudian merehatkan diri di rumah Lizura..
Bertolak balik ke Senai pkl 1825..cuaca hujan..so agak menakutkan la..selamat tiba 2005..ambil taxi dari air port ke rumah makcik..

end...


























Thursday, April 5, 2012

~Kenangan Bersamamu~


Gambar kenangan bersama semua penuntut Kursus Ketua Platun KJJD(S) dan jurulatih kursus.

Wednesday, March 28, 2012

Kursus Ketua Platun KJJD(S) Siri 1/2012

Salam di kepagian hari...


Kali ini nk kongsi sedikit cerita mengenai kursus Ketua Platun yang Cik Yanz telah hadiri...selama 2 minggu dari 7 mac 12 hingga 20 mac 12...perjalanan bermula dari Kem BN 3 Kluang di mana kami seramai 6 orang berkonvoi dengan 3 biji kereta...dengan begitu bersemangat sekali...hehehe...semangat la sangat...demi negara tercinta ni...yerla dh tua2 ni baru nk g kursus..

Setelah menempuh perjalanan yang penuh dugaan & cabaran kami pun sampai di PUSWATAN(Pusat Latihan Askar Wataniah)..penuh dugaan bagi Cik Yanz coz 1st time drive keta jauh2...perrghhh...dengan hujannya...nasib takder ribut...hampir2 gak terexcident..namun tindakan pantas Cik Yanz dapat la mengawal keadaan..tgk keta kat laluan sebelah tu byk yg tergolek...fuuhhh...nasib baik...selamat jua akhirnya...

Seminggu yang pertama latihan di dalam kem..ada la kelas skit...seminggu ke2 masuk medan utk fasa CIW & CW...Semasa latihan dlm kem ni setiap pagi ada PT pagi...biasa la kena side roll & forward roll...pergh tak larat beb...tapi teruskan gak...lemak2 dh byk tu yg tak larat...tp at last enjoy...even kena belasah teruk...ada gak blajar PT baru...PTI muka garang jer tapi comel..hehehe...lau malam2 ada yang g kelas vokal..Cik Yanz malas nk menyumbangkan suara..kang hujan lebat lak...dh la masa tu musim hujan...adala kenangan tido kol 3 pg lbh..pastu bagun kol 5..waaaa...ni sebab nk siapkan MAP la..last2 hampeh gak...tapi blaja la gak...

Kemuncak latihan adalah latihan medan...biasa la masuk hutan...nasib la tak kena gigit pacat...hampir2 gak tu..namun dpt di tangkis..yes..yes...dalam latihan medan ni jurulatih banyak mengajar & ingatkan apa yang kitorg patut buat...agak dh lupa gak la...kira merangkumi semua la walaupun dlm masa yang singkat..tima kasih la kpd JLK Kpt Haslan dan jurulatih yang lain...mekasih juga kpd Mej Zaman yang dh bg hadiah kerana kesalahan kami...memang best...huhuhu...tak lupa juga kepada Kpt Izrul yang rajin melawat kami...

Anyway kursus Ketua Platun ni mmg best...kawan2 pun best gak...seramai 71 org tu...dibahagikan kepada 2 platun...Namun Platun 2 tetap dlm kenanganku...chewaah...

Sedikit bingkisan dari puswatan...
Di bukit pertahanan


Berehat sebentar bersama mess tin

Bersama hasil kreativiti..

Cantikkan muka kami..

Pemandangan di hadapan Wisma Perwira

Lagi..

dan lagi...


Gadis pinggitan Rej 501
Nantikan laporan kursus2 yang akan datang...tak tau la tahun bila...tungguuuu....



Saturday, February 18, 2012

Antara Jodoh, Duit & Masa

A very good day...to all of u..

ecececeh....bajet tol ek mlm2 ni nk speaking...jgn bimbang ini bukan syarahan mahupun ceramah politik..sekadar nk buat coretan..so antara jodoh, duit & masa...ni cite melibatkan perkahwinan...lau belajar ni leh jadi killer subjek ar...hahaha...bermula tahun ni jer soalan paling popular yang di tujukan kepada Cik Yanz adalah...Yanz ko bile nak kawin?....dan jawapan standard dari Cik Yanz adalah...tgh pilih la ni, banyak sangat pakwe..hahaha...(agak bajet jawapan itu).well umur pun nak masuk 3 series kan...so ramai la yang concern & risau pesal la Cik Yanz ni tak kawin2 lagi...Cik Yanz tunggu si Nicky(beingcoachpotato) tu kawin dulu...hahaha..kang kn hempuk lak dgn Nicky..tak pasal2 jer kan..huh alasan..

Lau nak kira jodoh tu rasanya lum ada lg kot (eh jawapan pe tah ni)...lau nak kira duit tu lagi la takder...hehehe..nk gn kwsp takleh plak kan...not suited the function..kwsp tu untuk simpanan persaraan..tu kita kena paham apakah fungsi kwsp..so lau nk kawin tu cari la duit sendiri..kaedah yang paling popular di kala ini adalah wat loan bank...that better than loan shark k...as long as u can pay & u can afford it...yang biasa senang wat loan adalah gov servant such as teachers...so yang keje sendiri or swasta kumpul la duit banyak2 b4 nk kawin...ha lagi satu pasal masa..mcm kurang nak ada lak tuk Cik Yanz..asik menyibukkan diri jer...hai nak pk pasal kawin ni...aduh leh migrain tahap dewa bersemayam di atas puncak Gunung Kinabalu tu...what a scary thing to think...dan mungkin bila nanti selesai semua plan yang Cik Yanz rancang akan ku war2 kan seantero dunia tentang kepuananku..wah gitu ayat aper tah..ni pengaruh OSBON la ni...tak pasal2 libatkan diorang...

Antara Jodoh, Duit & Masa - aku masih belum memutuskannya...

**Marilah sama-sama memeriahkan pelancaran Askar Wataniah di Felda Nitar pada 26 Feb 2012..Semua di jemput hadir..di alu-alukan menyertai RAW..ingatan : RAW ni tidak sama seperti RELA mahupun JPAM..

Friday, February 3, 2012

Cik Yanz & Wataniah..

Tahapapapapa jer tajuknya kan...actually tak tau citer per...coz pale otak serabut n kusut masai..tapi org nye tetap maintain cute n comel...hahahaha comel la sangat...ape citer cik yanz dengan wataniah tu...wataniah mana lagi lau bukan Rej 501 Askar Wataniah tu...saje je nk citer aktiviti wataniah ni...So pada 20-22 Jan 2012 telah berlangsungnya upacara pembukaan latihan bagi sesi 2012...bebudak PALAPES dulu selalu sebut buka sesi jer.Upacara ini di sempurnakan oleh Komander la kan..takkan la Cik Yanz lak....oleh kerana lambat datang so Cik Yanz tak boleh masuk perbarisan..tunggu jer la kat belakang pentas tu...hitam gak muka even tak masuk perbarisan coz kami ni kena menghadap sang matahari..aduyai...Pada majlis tersebut ada gak pemakaian pangkat bagi pegawai yang dapat naik pangkat...ada yang pemakaian pangkat semula...ada yang naik pangkat daripada anggota ke pegawai...yang turun pangkat takder la kan...makin ramai beb pegawai 501 ni...

Bercakap pasal naik pangkat ni...Cik Yanz tak tau la tahun bile nak naik pangkat..haha.ada hati nak naik pangkat...kursus ketua platun pun baru nak g mac ni di PUSWATAN..dah tua2 baru nk g kursus..biasa la beb kalau dh keje ni memang susah nk ambik masa g kursus..lagipun kursus tu biasanya 1 bulan..bayangkan kena cuti 1 bulan..tapi tahun ni sahaja yang di jalankan 2 minggu..trial version..pada 26 jan aritu Cik Yanz dan beberapa pegawai daripada BN 1 & BN 3 telah selamat menjalani peperiksaan...ada gak student PALAPES UTM yang join exam sekali....so tinggal tunggu kena lanyak la kat PUSWATAN tu....nantikan kemunculan pegawai 501 di PUSAWATAN...wakaka...kecut perut gak..dh minggu kena dtg kelas untuk kursus...banyak benda nak kn ingat lak tu...hai tah ingat ke tak...nak tak nak kena hadapi mane bleh main belasah jer(nasihatkan diri sendiri)...

Sedar tak sedar banyak gak Cik Yanz dah membebel..huhuhu..nak kongsikan gambar pun Cik Yanz pun tak simpan gambar..juz jadi jurukamera jer..balik2 muka yang sama jer kot..tu yang malas nak ambik gambar..lau tengok kat FB RAW 501 mmg takder pun muka Cik Yanz..nanti ada masa Cik Yanz akan upload la gambar(kalau rajin)...muka kuar paper pun Cik Yanz tak tau..paper 2010..tahun lepas tak dapat masuk paper coz dah kuar awal untuk persiapan Compass Matching yang penuh bersejarah tu..



Ni jer yang ada buat tatapan sesape yang nak menatap...lain takder apa..habis.



Thursday, January 5, 2012

~New Year ---New Look For Maa Takaful~

Sempena ketibaan tahun 2012, Maa Takaful telah mengubah penampilan mayanya dengan menampilkan imej baru. Bak kata orang la, wajah kita, imej kita...

https://www.maatakaful.com.my/ 

Bagi pelanggan yang mahu melihat akaun takaful mereka, mereka boleh mendaftar dan boleh melihat sendiri keadaan akaun mereka. 

https://www.maatakaful.com.my/MyAccount/loginpage.aspx    

Bagi consultant yang mahu melihat data client mereka, mereka boleh mendaftar dan boleh melihat sendiri data tersebut. 
 

Mudah kan caranya, daripada sibuk dgn FB jer, bleh buka tab yang baru tuk check client or account sendiri. Gunakanlah tanpa was-was. Kerana ianya mudah lagi pantas.