Monday, December 12, 2011

A Visit to JPO-Johor Premium Outlets

Pada 11 dec 2011 cik yanz bersama makcik & suami telah membuat lawatan ker JPO untuk meninjau keadaan di sana..keadaan masih terkawal walaupun nak cari parking memang susah..so we all park jer tepi jalan.Ada yang sanggup park keta jauh & sanggup berjalan jauh asalkan dapat pegi ke JPO.Takjub sungguh ciuk yanz di atas kegigihan mereka.

JPO mempunyai 80 buah kedai seperti Adidas, Armani, Burberry, Coach, DKNY, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tommy Hilfiger, Tumi, Zegna dan banyak lagi. Kalau nk tau sila la datang dengan mambawa duit berguni2 atau kad kredit bertepek2. Di bawah ni ada sedikit bingkisan dr JPO..hasil tinjauan hanyalah dapat melihat karenah & tidak berminat untuk membeli kerana ramai org sangat..hanya sekadar tinjau kedai(window shopping)..masuk kedai pun kena beratur..huhuhu.







Ha ni cara macam mane nk g ke JPO tu...jpo ni boleh dilihat dari plus highway..tepi highway jer tu...



Kepada yang berminat nak tau tentang promosi or diskaun terkini boleh la melawat web JPO & boleh sign up untuk kad VIP.

http://www.premiumoutlets.com.my/

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim
Malaysia

Wednesday, December 7, 2011

235,908 individu jadi bankrap

Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil .Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli (26%0 diikuti pinjaman peribadi (21%), pinjaman perumahan (14%) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.


p/s:petikan dari akhbar kosmo.
 

                                         
~ @ WELCOME @ ~


Ombak Rindu






Just nk share skit ni...dua benda yang agak mustahil untuk cik yanz buat adalah membaca novel & menonton wayang..namun cik yanz dh melanggar pantang pun...novel ombak rindu ni adalah slh 1 novel yang cik yanz penah baca tak ingat bape kali dh baca...cerita yang baik la..dulu musim boring2 capailah novel2 makcik yang ada kat umah tu...repeat baca tah bape kali la...sekarang ni dh tak bape rajin nk membaca...




Sekarang ni muncul pula filem ombak rindu yang di adaptasikan dari novel yang tersebut...cik yanz pun belum menjengah ke pawagam yang berhampiran...dengar kata lelaki pun akan menitiskan air mata kelakian mereka jika mereka melihat filem ini..betul ker?..tiket2 pun abis ditempah untuk jangkamasa 3 hari yang berikutnya...macam mantap jer filem ni..whatever pun kn g tgk dulu la baru tau best ker tak..mungkin disebabkan oleh aura novel itu sendiri di tambah pula dengan barisan pelakon yang baik menjadikan filem ni lebih realistik...

Thursday, December 1, 2011

~Kenangan Mengusik Jiwa~

  Entry kali ni di buat sempena hujung tahun yang bakal menjelma bila terkenang kembali zaman muda2 dulu...pergh dh tua ek...bila tengok gambar2 lama tu baru la ingat kisah2 dulu...coz aku ni memang agak pelupa..setelah menggodek gambar dalam pendrive aku temui gambar2 retro aku yang dulu2..




Sewaktu perbarisan hari kebangsaan 2003 di Putrajaya.kamilah penanda di hadapan.





Antara gambar favourite aku ni...dh mcm tugu..






 Sempat lagi posing selepas kepenatan berkawad sempena konvo UPM.







Bersantai sehari Taman Botani di Putrajaya.




Bergambar sementara menunggu arahan dari jurulatih..apa2 pun kami sedia untuk beraksi walau di mana jua..




Blockmateku yang comel2.malam jamuan blok bertemakan 'jeans night'.



This is my coursemate.BKPM sessi 2002-2006.jejaka ada 3 org tapi hilang tah kemana.




Yang ni semasa perapungan (i hate it).kena denda dengan En Aziz(yang kiri sekali tu).










Kalau nk ikutkan banyak ler gambar2 aku.oleh kerana ni jer yang aku sempat kongsikan disini.coz aku ni kadang2 jer menggodek almari adik pendrive & gerobok makcik laptup.Lain kali la aku godek2 & geledah atuk cpu lak lau ada masa.


~KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA.KORANG MEMANG BEST!~