Monday, May 7, 2012

Jejak-jejak Kasihan..

Siapakah yang di jejaki Cik Yan'z ek...

Actually pada bulan april yang lepas Cik Yan'z telah berjaya menyeberangi Laut China Selatan dan di terbangkan dengan tidak khasnya oleh Air Asia...tujuannya adalah untuk menghabiskan duit yang tak berapa nak ada tu...anyway amat berpuas hati dengan apa yang di dapati..

Lokasi jejak2 kasihan adalah di Kuching, Sarawak. Ni kira kali pertama la g situ..takder prepare ape pun..just prepare duit & badan jer...keberangkatan kesana di sertai oleh makcik & pakcik..tiket tu Cik Yan'z sponsor la..coz time tu tgh murah kan....pergh mcm kaya jer kan...

Ni nk cite skit la pengalaman kat sana

Day 1
Bertolak dari Senai 1230 & sampai Kuching 1400.Ada driver hotel yang ambil.
Petang tu berjumpa sahabat lamaku..Norlizura..dia mengajar kat Kuching tu..dah tak jumpa minah ni dkt 7 tahun kot..pas dia grad mmg terus tak jumpa la..
Dia bawa g makan dekan Restoran Serapi pastu tunjukkan jalan g Jong's Crocodile & Semenggoh Wildlife..oleh kerana dah petang & masa melawat pun dh tamat maka tak dapat la jumpa mereka...iaitu pakcik buaya & makcik orang utan..
Malam itu berjumpa kawan makcik & makan di seberang sungai Sarawak..tak tau apa name tpt tu...

DAY 2
Pagi tu makan di Ipoh Kopitiam yang berhadapan dengan Sarawak Plaza..tak jauh pun dari hotel..tghri tu setelah berjaya mendapat kereta sewa kami pun memulakan pengembaraan..thanx to Pn Noraini..
Cik Yan'z bertindak sebagai pemandu pelancong yang takder tauliah mengarahkan untuk ke Jong's Crocodile..untuk melawat pakcik buaya...bayaran masuk adalah RM16.00 seorang jika anda bukan lahir di Sarawak...menyaksikan pekerja di situ beri buaya & arapaima makan...
Petang tu singgah di Semenggoh Wildlife...namun kecewa kerana telah tamat waktu melawat...

DAY 3
Perjalanan pagi itu di mulakan dengan perjalan ke Kampung Budaya Sarawak..agak jauh la gak...siap beli makanan & bfast dlm kereta..berjaya sampai..dengan bantuan Mr. GPS...amat berguna sungguh..lebih kurang setengah hari gak la kat dlm kg budaya tu...last sekali menyaksikan persembahan kebudayaan..Bayaran masuk RM60.00..
Kemudian singgah di Damai Beach Resort..cek line jer..
Singgah di Muzium Kuching...kemudian memecut ke Semenggoh Wildlife untuk menyaksikan orang utan diberi makan..dlm kol 15++ la sampai.fuhhh...masih sempat la tgk..nasib baik..bayar Rm3.00 jer nk masuk..
Petang tu singgah makan & round2 kat Boulevard...
Malam kami makan steamboat di kedai masak2...

DAY 4
Bfast di RJ Kopitiam...
Round2 sekitar Waterfront untuk survey souvenir...petang tu Lizura bawa kami bersiar2 di sekitar Kuching...sempat le ke Taman Sahabat..g round kat taman orkid dan sekitar Dewan Undangan Negeri Sarawak...lepas tu g beli Kek Lapis Sarawak di kedai Dayang Salhah..sungguh asyik tengok mereka membungkus kek lapis..mmg expert la....
Selepas tu g makan di SCR(Singapore Chicken Rice)...agak sedap & berbaloi..
Malam tu meredah lagi sungai untuk membeli Kek Lapis lagi...Lizura kata tempat tu yang boleh percaya...coz sebelum ni kan kecoh pasal Golden Chern yang di ragui kehalalannya...
Selepas tu merayau dekat Waterfront lagi...mmg lenguh la kaki..tapi layan jer...

DAY 5
Pagi ni bfast kat satu kedai mamak dekat dgn Pasar Satok..tujuan kesini nak membeli Terubuk ikan masin...Cik Yan'z ni confIus gak bile Lizura bawa ke pasar basah..rupanya ikan terubuk masin tu bukanla mcm ikan kering...tak minat ikan tu..tu yang tak tau..hahaha...tapi abg tu bungkus ikan tu mmg best...kalau g pasar ni mmg best la...barang2 dia fresh2...pergh mmg mengancam jiwa tol..tp apekan daya umah bukan dekat situ pun...
Selepas tu kami menuju ke Serikin..tempat ni byk jual barang2 dari indonesia..lau nk beli baju kawin pun bleh...Cik Yan'z berjaya tawaf sampai hujung & buat u-turn plak...mmg panjang la...adala membeli sedikit souvenir..
Selepas penat tawaf..sempatla melawat Gua Angin & Gua Pari2...1st time masuk gua....kat Gua Angin tu under renovation..so takleh masuk...kalau Gua Pari2 tu bolehla masuk...penat tol naik tangga...pastu singgah makan kat Restoran Serapi lagi...kemudian merehatkan diri di rumah Lizura..
Bertolak balik ke Senai pkl 1825..cuaca hujan..so agak menakutkan la..selamat tiba 2005..ambil taxi dari air port ke rumah makcik..

end...