Wednesday, December 29, 2010

MAA TAKAFUL AWARD


MAA Takaful berjaya memenangi anugerah ‘Most Outstanding Takaful Product’ untuk tahun kedua berturut-turut (2009 &2010).

Mulakan perlindungan takaful semasa kita masih hidup dan sihat, untuk kebaikan anda dan keluarga tersayang.

MAA Takafulink (simpanan, perlindungan & pelaburan), Kad Perubatan (No Co-payment-100% di tanggung MAA Takaful), PATINA (Personal Accident), Cancercare dll.

Friday, June 4, 2010

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMBELI INSURAN

1) UNTUK MELINDUNGI PENDAPATAN KELUARGA


bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada

kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin

pendapatan keluarga dalam apa juga keadaan.


2) PERLINDUNGAN KEWANGAN KETIKA HILANG UPAYA

sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan

keluarga tidak terjejas.


3) SUATU PELAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Semua ibu bapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak-anak

mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.


4) SUATU TABUNG PERSARAAN

semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan

insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.


5) SUATU PELAN PERUBATAN / KESIHATAN

kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan.

orang yang bijak menggunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan

perubatan / kesihatan yang tinggi.


6) SUATU UKURAN NILAI DIRI

ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda

menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.


7) SEBAGAI PEMBERIAN UNTUK YANG TERSAYANG

tidak seperti pemberian-pemberian lain, insurans hayat adalah satu-satunya

pemberian berharga dan kekal sepanjang hayat.


8) PERLINDUNGAN PERNIAGAAN KELUARGA

sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi.

insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.


9) SEBAHAGIAN DARIPADA PELAN KEWANGAN MENYELURUH

suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan

kewangan yamg sempurna tanpa insurans hayat.


10) SEBAGAI SOKONGAN KEPADA RAKAN

orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang

membeli insurans untuk menyokong seorang rakan ejen.

MAA TAKAFUL

LATAR BELAKANG MAA TAKAFUL

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.

Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta and seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.

MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.

MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan and perkhidmatan perundingan dan juga pusat dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.

Wednesday, April 14, 2010

Latihan RAW 501 9-11 April 2010

Salamz..

kisahku....bermula pada 9 april 10..aku bersama pegawai n anggota batalion ketiga rejimen 501 askar wataniah bertolak dari batu pahat...pergh dh mcm jd mc wat anouncement lak...hehehe...bertolaklah kami dari batu pahat ke kem pulada...mase jadi kadet dulu tak penah g pun...pada hari jumaat tu ada latihan abseiling...tapi aku tak buat pun...bagi kat anggota jer dulu wat...agak kecut perut gak la..tapi tengok2 tak der la tinggi sangat pun...(agak berlagak)......


ni la rupanye tempat untuk terjun.....

anggota dan pegawai rejimen 501 sedang mendengar taklimat dari jl abseiling...

pegawai 501 bersembunyi dari OC disebalik trak 3 tan..take cover...hehehe..

ada gaya tak macam pilot.....pegawai berposing dulu sebelum kena terjun...

berposing dalam perjalanan ke lapang sasar untuk buat latihan inokulasi tempur

anggota GPMG sedia untuk menembak......

taklimat dari mejar asri sembelum kena crawl di bawah kawad berduri...di sertai tembakan GPMG...




secara keseluruhan aku amat berpuas hati coz aku dapat buat semua lthn tapi agak terkilan la tak dpt tembak GPMG...ader ke patut dh lepas baru la diorg bgtau naper tak mintak nk tembak GPMG tu...pergh geram tol aku...lau tau aku nk jer mintak...huhuhu...lain kali aku nk gak tembak....


Thursday, March 11, 2010

Kem PLKN Ayer Keroh, Melaka

Salam kepada semua...

Agak lame aku tak update blog aku ini...di sebabkan kesibukan bekerja...berappointment...berdating...hehehe...dengan sape la tu ek...ten..ten..ten..

Pada 1 - 5 Feb 2010 yang lalu...aku telah mengikuti Program Integrasi di Kem PLKN Ayer Keroh, Melaka...saje jer tukar negeri...pasni ambik johor balik la..maybe ambik kem sekakap kat mersing tu...coz ada sesorang yang ajak g sana...guess who...

Aku rasa program integrasi kali ini paling best la coz puas makan n berjalan kat melaka...

Thursday, January 7, 2010

ReUnion InTake 24

Salamz...agak lamer gak tak update kat blog ni..aktiviti terbaru yang aku buat adalah join reuinion intake 24.

Date : 1 jan 2010
tempat : south ct plaza

ok la gak jumpa kwn2...tapi tempat boling tu agak paul skit la...so jgn la main boling kat south ct...