Friday, June 4, 2010

LATAR BELAKANG MAA TAKAFUL

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.

Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta and seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.

MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.

MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan and perkhidmatan perundingan dan juga pusat dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.

No comments: