1) UNTUK MELINDUNGI PENDAPATAN KELUARGA
bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada
kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin
pendapatan keluarga dalam apa juga keadaan.
2) PERLINDUNGAN KEWANGAN KETIKA HILANG UPAYA
sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan
keluarga tidak terjejas.
3) SUATU PELAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Semua ibu bapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak-anak
mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4) SUATU TABUNG PERSARAAN
semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan
insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5) SUATU PELAN PERUBATAN / KESIHATAN
kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan.
orang yang bijak menggunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan
perubatan / kesihatan yang tinggi.
6) SUATU UKURAN NILAI DIRI
ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7) SEBAGAI PEMBERIAN UNTUK YANG TERSAYANG
tidak seperti pemberian-pemberian lain, insurans hayat adalah satu-satunya
pemberian berharga dan kekal sepanjang hayat.
8) PERLINDUNGAN PERNIAGAAN KELUARGA
sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi.
insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.
9) SEBAHAGIAN DARIPADA PELAN KEWANGAN MENYELURUH
suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan
kewangan yamg sempurna tanpa insurans hayat.
10) SEBAGAI SOKONGAN KEPADA RAKAN
orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang
membeli insurans untuk menyokong seorang rakan ejen.
No comments:
Post a Comment