Monday, December 12, 2011

A Visit to JPO-Johor Premium Outlets

Pada 11 dec 2011 cik yanz bersama makcik & suami telah membuat lawatan ker JPO untuk meninjau keadaan di sana..keadaan masih terkawal walaupun nak cari parking memang susah..so we all park jer tepi jalan.Ada yang sanggup park keta jauh & sanggup berjalan jauh asalkan dapat pegi ke JPO.Takjub sungguh ciuk yanz di atas kegigihan mereka.

JPO mempunyai 80 buah kedai seperti Adidas, Armani, Burberry, Coach, DKNY, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tommy Hilfiger, Tumi, Zegna dan banyak lagi. Kalau nk tau sila la datang dengan mambawa duit berguni2 atau kad kredit bertepek2. Di bawah ni ada sedikit bingkisan dr JPO..hasil tinjauan hanyalah dapat melihat karenah & tidak berminat untuk membeli kerana ramai org sangat..hanya sekadar tinjau kedai(window shopping)..masuk kedai pun kena beratur..huhuhu.







Ha ni cara macam mane nk g ke JPO tu...jpo ni boleh dilihat dari plus highway..tepi highway jer tu...



Kepada yang berminat nak tau tentang promosi or diskaun terkini boleh la melawat web JPO & boleh sign up untuk kad VIP.

http://www.premiumoutlets.com.my/

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim
Malaysia

Wednesday, December 7, 2011

235,908 individu jadi bankrap

Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil .Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli (26%0 diikuti pinjaman peribadi (21%), pinjaman perumahan (14%) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.


p/s:petikan dari akhbar kosmo.
 

                                         
~ @ WELCOME @ ~


Ombak Rindu






Just nk share skit ni...dua benda yang agak mustahil untuk cik yanz buat adalah membaca novel & menonton wayang..namun cik yanz dh melanggar pantang pun...novel ombak rindu ni adalah slh 1 novel yang cik yanz penah baca tak ingat bape kali dh baca...cerita yang baik la..dulu musim boring2 capailah novel2 makcik yang ada kat umah tu...repeat baca tah bape kali la...sekarang ni dh tak bape rajin nk membaca...




Sekarang ni muncul pula filem ombak rindu yang di adaptasikan dari novel yang tersebut...cik yanz pun belum menjengah ke pawagam yang berhampiran...dengar kata lelaki pun akan menitiskan air mata kelakian mereka jika mereka melihat filem ini..betul ker?..tiket2 pun abis ditempah untuk jangkamasa 3 hari yang berikutnya...macam mantap jer filem ni..whatever pun kn g tgk dulu la baru tau best ker tak..mungkin disebabkan oleh aura novel itu sendiri di tambah pula dengan barisan pelakon yang baik menjadikan filem ni lebih realistik...

Thursday, December 1, 2011

~Kenangan Mengusik Jiwa~

  Entry kali ni di buat sempena hujung tahun yang bakal menjelma bila terkenang kembali zaman muda2 dulu...pergh dh tua ek...bila tengok gambar2 lama tu baru la ingat kisah2 dulu...coz aku ni memang agak pelupa..setelah menggodek gambar dalam pendrive aku temui gambar2 retro aku yang dulu2..




Sewaktu perbarisan hari kebangsaan 2003 di Putrajaya.kamilah penanda di hadapan.





Antara gambar favourite aku ni...dh mcm tugu..






 Sempat lagi posing selepas kepenatan berkawad sempena konvo UPM.







Bersantai sehari Taman Botani di Putrajaya.




Bergambar sementara menunggu arahan dari jurulatih..apa2 pun kami sedia untuk beraksi walau di mana jua..




Blockmateku yang comel2.malam jamuan blok bertemakan 'jeans night'.



This is my coursemate.BKPM sessi 2002-2006.jejaka ada 3 org tapi hilang tah kemana.




Yang ni semasa perapungan (i hate it).kena denda dengan En Aziz(yang kiri sekali tu).










Kalau nk ikutkan banyak ler gambar2 aku.oleh kerana ni jer yang aku sempat kongsikan disini.coz aku ni kadang2 jer menggodek almari adik pendrive & gerobok makcik laptup.Lain kali la aku godek2 & geledah atuk cpu lak lau ada masa.


~KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA.KORANG MEMANG BEST!~

Thursday, November 3, 2011

No. 1 TAKAFUL PRODUCT


Mempersembahkan pemenang bagi produk takaful paling cemerlang di abad ini...hehe..ayat berani mati..well just want to share the award..award same jer tapi menang 3 tahun berturut-turut. TAHNIAH kepada anda yang telah memilih Maa Takaful, sesungguhnya pilihan anda adalah tepat sekali. Tiada yang tepat melainkan yang tepat dan hebat sekali.

Cik Yanz : Special thanks to Marketing Head Johor Zone.

Tuesday, October 18, 2011

Annual Camp RAW 501

Salam...
entry kali ini untuk annual camp dapatla di update cepat sikit dari yang terdahulu kerana ada lebih masa sikit mengadap cik laptop ni...kalau tak tahun depan baru update la...huhuhu...Biasenya annual camp ada 2 fasa iaitu fasa kem & fasa medan..cik yanz sempat mengikuti masa kem sahaja disebabkan ada tugas yang lain.

Annual camp dimulakan dengan perbarisan pembukaan pada 6 oct 11. Kemudian di susuli dengan pertandingan-pertandingan antara batalion. Antara pertandingan yang di adakan ialah pertandingan kawad berserta senjata, rentas halangan, tempur seksyen, jalan laju & pandu arah. Ada juga pertandingan sukan iaitu futsal wanita, bola tampar, sepak takraw & bola sepak. Tahniah di ucapkan kepada yang berjaya...Hadiah yang paling best adalah batalion terbaik....pemenangnya adalah...Batalion Ke 3...walaupun BN 3 hanya memenangi pertandingan futsal namun masih mampu meraih hadiah batalion terbaik bagi 2 tahun berturut-turut..tahniah Lt kol Khamis..

Tak lupa juga ada pertandingan menembak JAKPAW..tapi masa ni MB takder la..baru nk wat aduan rakyat kat MB..huhuhu...macam tau-tau jer kan...seperti selalu malam akrab turut di adakan bagi merapatkan lagi hubungan antara anggota & pegawai antara batalion..bergumbira sebelum masuk medan perang...hahaha...di malam itu beberapa orang anggota & pegawai telah menyumbangkan suara mereka...cik yanz hanya menjadi pemerhati sejagat...

Di bawah ni adalah sedikit gambar kenangan untuk di kongsi...yang lain buat simpanan peribadi..

Perbarisan masuk padang...

Baris..baris sedia...kawad bersenjata ni..

Kapt Rizal memeriksa peralatan

Pertandingan Bola tampar


Menyepak si bola rotan

Di bawah khemah menjadi pemerhati



MAA TAKAFUL WINS ISLAMIC FINANCE AWARD FOR THE 3RD CONSECUTIVE YEAR


KUALA LUMPUR, Oct 5 (Bernama)-- MAA Takaful once again received accolade at the 8th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) held in Kuala Lumpur on the 4th October 2011. MAA Takaful won the award in the category of ‘The Most Outstanding Takaful Product’ for its MAA Takafulink product for the third consecutive year.


p/s:copy dari bernama..


http://mrem.bernama.com/viewsm.php?idm=18240

Tuesday, September 27, 2011

Cik Yanz vs FB

Tetiba ada masa nak bercerita..alkisahnya cik yanz ni memang la tak ada akaun FB(Facebook aka muka buku)..biasa bila jumpa kawan2 atau saudara mara mereka mesti akan tanya ada tak akaun FB..pergh bengkek & menyampah jer..dlm hati berkata "best sangat ker lau ada pun?"..tu la jawapan sekiranya anda takder FB..

Tapi takper la takder pun..si nicky(guru kentang) pun ada ura2 nk suh cik yanz wat FB...Apatah lagi cik zulhazri (penjaga web KIST.edu) nk suh gak cik yanz wat FB...Fenomena FB ni memang dh jadi mcm virus pun.Tapi tak salah pun lau takder..kalau orang tanyer nape cik yanz tak nak wat FB jawapannya adalah tak suka & tak minat.Semacam anti FB gak la..aritu ada gak kuarkan statement akan wat FB lau nak kawin...huhu...nak kena tunaikan kot...what kahwin?tu salah soalan sensitif selain soalan takder FB..

 =So the moral of the story is reduce the controversy & upgrade the quality=


 


Saturday, September 24, 2011

Endometriosis

Entry ini terwujud kerana teringatkan seorang kawan yang baru sahaja di diagnosis penyakit ini. 
Namun tidak dapat membantu kerana beliau tiada medical card...sedih tau..

Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia.Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.

Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapun ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masalah autoimmunisasi. 

Tempat di mana endometriosis mungkin berlaku

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Endometriosis

Info Jerebu

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada : 
Pembakaran Secara Terbuka
        Asap Dari Kilang
        Asap Dari Kenderaan 

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
 
Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
   i.    Kanak-kanak
   ii.    Orang tua
   iii.   Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  •    iv.   Perokok
       v.   Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

    Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
    Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

    CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
    1.    Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
    2.    mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
    3.    Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
    4.    Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
    5.    Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
    6.    Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
    7.    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
    8.    Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
    9.    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
    10.  Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
    11.  Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
     

    NIOSH Malaysia, Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, MALAYSIA

    Warning! List Of Unauthorized Websites / Investment Products / Companies by Securities Commission Malaysia

    Warning! List Of Unauthorized Websites / Investment Products / Companies by Securities Commission Malaysia - Welcome to visit Caliph Group website

    Inaugural 2011 Financial Insights Innovation Awards for the Insurance Industry


    FIIA (Insurance) 2011 for Innovation in Sales Automation and Agency Management – iCMS

    Winner: MAA Takaful Berhad
    Recipient: Mr Salim Majid Zain, Chief Executive Officer

    We are pleased to inform you that MAA Innovative Consultant Management System (iCMS) received the award from a total of 68 entries originating from 25 countries. The MAA iCMS empowers our agents to conduct their business efficiently. This award also serves as a boost to confirm MAA Takaful as the 'No. 1 Agency Company with No. 1 Agency Management System'. We are the first Malaysian insurer to win the award.

    iCMS is MAA Takaful's solution-in-a-box for its agency force. The solution integrates sales automation, customer relationship management (CRM) and agency management on a single platform. The iCMS is designed on a robust architecture incorporating tools and processes which meets and addresses performance, efficiency and business needs. iCMS allows Takaful's agents to plan, track and monitor their production as well as carry out customer profiling. Equipped with e-submission and digital signature features, the portal also facilitates the approval process and updates the agency forces on developments, news and products of MAA Takaful.

    Refer:
    http://www.idc-fi.com/getdoc.jsp?containerId=prSG23002911
    http://www.idc.com.sg/insurecongress/2011/fiia_insurance_winners_2011.asp
    https://www.maatakaful.com.my

    Wang Pampasan Insuran

    Tarikh Keputusan: 
    21 Sep, 1983
     
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Pembahagian wang pampasan insuran simati kepada penama ataupun waris-waris menurut pembahagian faraid.
     
    Keputusan: 
    Semua harta pusaka sepatutnya dibahagikan mengikut pembahagian faraid dan mengenepikan pembahagian yang dibuat oleh simati secara menentukan penama. Penentuan penama bolehlah dianggap sebagai wasiat dimana wasiat tidak sah kepada waris. Ibu bapa adalah waris kepada simati, oleh itu perkara yang dipersoalkan hendaklah dibahagi mengikut hukum faraid.

    Rujukan :  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wang-pampasan-insuran-0

    Tuesday, September 6, 2011

    Selamat Berhari Raya

    Salam lebaran kepada semua...agak terlambat sikit ucapan ini di berikan tapi masih lagi dalam suasana raya kan...tiba la masa untuk sesi rumah terbuka & jamuan raya..so ingatan kepada semua supaya makan berpada-pada tapi bagi duit raya lebih skit..







    Nampak sangat menyelerakan tapi makan tu kena berpada-pada walaupun anda ada MEDICAL CARD MAA TAKAFUL yang cover 1JUTA...kalau dah sakit susah nanti tapi at least ada la medical card tu kan...hehe... kepada anda-anda di luar sana pastikan anda memiliki medical card Maa Takaful untuk melindungi diri dari sebarang kemungkinan yang tak di ingini...hehehe promote tu...



    ASN and ASB, are these products Syariah Compliants? - Welcome to visit Caliph Group website

    ASN and ASB, are these products Syariah Compliants?

    Check it here...

    Tuesday, April 19, 2011

    so sweeeet...

    Summary Activity for BN 3 RAW 501

    Agak lame tidak mengemaskini blog cik yan'z ni...gara-gara kesibukan yang di sengajakan...supaya masa depan lebih cemerlang, gemilang & tak terbilang dek jari.....demi mencapai gagasan 1 Malaysia...dengan semangat patriotik itulah cik yan'z nak update aktiviti yang telah dijalankan oleh RAW 501 khususnya BN 3(ni antara aktiviti yang cik yan'z join la)....BN tu BATALION bukan BARISAN NASIONAL..untuk pengetahuan RAW 501 ada 3 batalion...iaitu BN 1 bagi kawasan Pontian & Johor Bahru...BN 2 bagi kawasan Muar & Segamat...manakala BN 3 bagi kawasan Kluang, Batu Pahat & Mersing...tu kawasan yang besar la...


    Biasanya setiap tahun aktivti akan di mulakan dengan upacara buka sesi...ops ni macam mase kat palapes jer...lebih kurang...upacara pembukaan latihan...ada la kena kawad2 skit...ni yang agak lemah ni...tapi kena buat la...coz saya yang menurut perintah....upacara itu di adakan pada 21 Feb 10...

    Pada 9-11 April 10 di adakan latihan abseiling & inokulasi tempur..latihan tersebut telah di jalankan di PULADA, Ulu Tiram...yang telah di update di entry yang lalu....kegitan itu telah menyebabkan siku cik yan'z terluka...huhuhu...tapi sudah sembuh lukanya sekarang ni...

    Pda 7-9 Mei telah di adakan pertandingan menembak antara BN di Kem Sirajudin, Gemas, NS...di situ juga sempat membuat lawatan..tapi hilang ingatan lak kat mane tempat lawatan tu...coz dh lame baru nk update...tak gitu...(pinjam ayat kapt Roslan)...

    Mendengar taklimat
    Berposing bersama CO

    senjata yang di pamerkan

    Pada 14-15 Mei 10, kami di arahkan bergerak ke Tajung Logok, Kota tinggi...untuk melihat demo tembakan ...
    lihatlah kemana peluru tu pegi..

    sampai sudah...
    nak try gak cik yan'z...huhu...tapi berat





     
    lt m fadhli sedang meneliti sasaran
      
    26 Jun 10...hari yang di nantikan oleh pegawai & PTT kanan untuk melawa...selalu pakai loreng jer kan...jeng..jeng...bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat...Majlis Makan Malam Rejimental BN 3 RAW 501...saksikanlah...saksikan olehmu wahai sang hujan....pergh...masuk lagu iwan lak...
    hotel Katerina
    pegawai atasan BN 3 bersama Komander
                           
    jeng...jeng...siapa itu.....cuba teka...

    korang penah tengok tak mamat ni?....mcm pernah ku lihat...ce..citer...

    ha melawa tak diorg ni?....kan aku dh bilang tadi..




    sediaa.....tembak...
    17 Jul 10 bertempat di Asahan..kami menjadi penonton bagi Demo Kawalan Tembakan(DKT)...Latihan ini tidak pernah di saksikan semasa di Palapes...mcm nk g perang betul beb...memang cantik menarik kau memang da bomb...mari kita lihat...






































    31 Jul 2010 bertempat di kem Pulada, Ulu Tiram berlangsung pertandingan menembak antara batalion..di mana cik yanz turut terheret same...pergh mmg mengutuk gak la...dh la lame tak berlari...leh lak terkena...seramai 10 org setiap kumpulan. so cik yanz ni masuk geng pegawai la di sebabkan ader pegawai yg lmbt smpai so cik yanz kn ganti tpt dia...huhu...tp last2 berjaya gak menewaskan kumpulan pegawai batalion lain...dalam pertandingan itu setiap peserta di kehendaki berlari (tp tak ingat la baper jauh), pastu menembak dlm pelbagai kedudukan dan jarak yang berbeza...pergh dh la kn berlari...tu pun ader mase tau..kalau lambat kena penalty la...pastu nk menembak lak...cuba bayangkan...tak ke penat tu...tp bg yg mantap tu ok la..cuma kena ke tak jer sasaran tu...
    sedia untuk mengambil peluru
    oleh kerana susah benar cik yanz nk upload gambr so ni la sebahagian yang dpt di pertontonkan untuk sesape yang nk tgk ler..mmg lambat update coz tak sempat ler nk membelek gambar & bercerita..alkisahnya latihan yang telah di lalui oleh cik yanz..tinggal latihan annual camp...tu tak tau la bila nk upload lak....

    Friday, January 28, 2011

    MAJLIS PERKAHWINAN MY CIK

    Sedikit bingkisan sempena majlis perkahwinan my cik yang telah berlangsung pada 13 nov 2010.
     
     
    Pengantin bergambar bersama skuad khas pemantau harga....

    Ketibaan pengantin di iringi paluan kompang dari kumpulan kompang Kg. Pt Raja Darat..

    Persembahan Reyok mengiringi pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.

    Antara rakan-rakan sekelas yang turut hadir memeriahkan suasana.

    Terima kasih di ucapkan kepada semua yang hadir..bersyukur sangat kerana majlis berjalan dgn lancar.