Tarikh Keputusan:
21 Sep, 1983
Huraian Tajuk/Isu:
Pembahagian wang pampasan insuran simati kepada penama ataupun waris-waris menurut pembahagian faraid.
Keputusan:
Semua harta pusaka sepatutnya dibahagikan
mengikut pembahagian faraid dan mengenepikan pembahagian yang dibuat
oleh simati secara menentukan penama. Penentuan penama bolehlah dianggap
sebagai wasiat dimana wasiat tidak sah kepada waris. Ibu bapa adalah
waris kepada simati, oleh itu perkara yang dipersoalkan hendaklah
dibahagi mengikut hukum faraid.
Rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wang-pampasan-insuran-0
Rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wang-pampasan-insuran-0
No comments:
Post a Comment