Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang
disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh
dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini
mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti
manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan
berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang
demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada
pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang
boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara
dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai
IPU
|
Status
|
0 - 50
|
Baik
|
51 - 100
|
Sederhana
|
101 - 200
|
Tidak Sihat
|
201 - 300
|
Sangat Tidak Sihat
|
301 - 500
|
Berbahaya
|
Anda perlu mengikuti perkembangan
semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui
tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah
pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan
akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang
berisiko tinggi iaitu :-
i. Kanak-kanak
ii. Orang tua
iii. Mereka yang mengalami penyakit
asma
bronkitis
radang paru-paru
penyakit paru-paru yang kronik
jantung
alahan
iv. Perokok
v. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan
kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran
sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema,
asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah
datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa
mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua
penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di
tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko
tinggi.
4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara
yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di
dalam bangunan atau rumah.
6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan
bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
10. Perokok
dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU
yang melebihi 100 )
11. Mereka
yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu
sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
NIOSH Malaysia, Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, MALAYSIA